Keturunannya dari sebelah ayah:
Beliau seorang yang mulia. saiyid, quthub, pewaris keturunan Nabi Muhammad (perjalanan Nabi Muhammad s.a.w.), iaitu Ahmad bin Ali bin Yahya bin Tsabit bin Ali Al-Hazim bin Ahmad bin Ali Al-Hasan - yang bergelar Rifa'ah Al-Hasyimi Al- Maliki-bin Al-Mahdi bin Muhammad bin Al-Hasan bin Al-Husin bin Ahmad bin Musa Ats-Tsani bin Ibrahim Al-Murtadha bin Imam Musa Al-Kazhim bin Imam Ja'far Ash-Syadiq bin Imam Muhammad Al-Baqir bin Imam Zainul Abidin Ali bin Imam Al-Husin-syahid di Karbala'-bin Saiyidina Ali-Radhiallahu-anhu wa anhum wa anna ajmai'in.
Keturunannya dari sebelah ibunya:
Beliau ialah Saiyid Ahmad Ar-Rifa'i bin Saiyidah Fatimah An-Najjariyah binti Syaikh Abu Said Yahya An-Najjari Al-Anshari bin Syaikh Musa Abu Said bin Syaikh Kamil bin Syaikh Yahya Al-Kabir bin Imam Muhammad bin Abu Bakar Al-Wasithi (seorang sufi yang terkenal) bin Musa bin Muhammad bin Manshur bin Khalid bin Zaid bin Mattin - namanya Ayyub bin Khalid - ayahnya Ayyub bin Zaid Al-Anshari An-Najjari radhiallahu-anhu (seorang sahabat nabi yang terkenal)
Ibu kepada ibunya:
Iaitu Saiyidina Rabi'ah binti Saiyid Abdullah At-Tahir bin Saiyid Abu Ali Salim An-Naqib bin Saiyid Abul Fath Muhammad bin Amirul-haj bin Saiyid Muhammad Al-Asytar bin Saiyid Ubaidullah Al-A'raj bin Saiyid Al-Husain Al-Asghar bin Imam Zainul Abidin Ali bin Imam Al-Husain radhiallahu-anhu, iaitu cucu Rasulullah s.a.w.
Kelahirannya:
Beliau dilahirkan di Kampung Hasan Al-Batha'ih, pada bulan Rejab tahun 512 daripada Hijrah Nabi pilihan Muhammad s.a.w.
"Kampung Hasan ini adalah sebuah perkampungan di daerah Wasith yang berdekatan dengan Umi Abidah, dan Al-Batha'ih ialah perkampungan yang dikelilingi air"
Kehidupannya:
Beliau mula mempelajari Al-Quran Al-Adzim sejak di awal umur kanak-kanak, dan apabila beliau mencapai usia tujuh tahun, ayahnya meninggal dunia di Baghdad, maka beliau telah dipelihara oleh bapa saudaranya (dari sebelah ibu), iaitu Syaikh Manshur Al-Batha'ihi Al-Anshari Al-husaini radhiallahu-anhu,seorang pemimpin yang saleh. Belaiu bersama-sama ibunya serta adik-beradiknya telah dipindahkan oleh bapa saudaranya itu ke sebuah kota berdekatan dengan sungai Diqli dari jajahan Iraq, kemudian sesudah itu dipindahkan pula ke Wasith. Beliau pernah ditemukan semasa kecilnya dengan Imam Allamah dan guru bacaaan Al-Quran, iaitu Syaikh Ali Abul Fadhi Al-Wasithi (moga-moga Allah mengekalkan rahsianya) lalu beliau telah dipimpin oleh guru ini dalam pendidikannya, pelajarannya, dan moralnya, sehingga beliau menjadi mahir di dalam berbagai-bagai ilmu nukilan dan logik. Belaiu kemudiannya menjadi