Pra-kata Penterjemah


Oleh Syed Ahmad Semait

Saya baca buku "Haalat Ahlil-Haqiqah Ma'allah", dan saya tertarik kepadanya, khusunya pada bahagian-bahagian yang tertakluk mengenai ilmu Tasawuf tinggi yang membicarakan dari hal soal makrifat kepada Allah Ta'ala dan peningkatan diri hamba dalam makrifat yang bertalian rapat dengan kesucian hati dalam membina kecintaan dan kerinduan kepada Allah Ta'ala.

Sungguh masalah yang didedahkan pembicaranya kompleks sekali, tetapi menarik dan memikat hati, kerana bukankah kita sekalian ini adalah hamba-hamba Allah, dan di dalam hidup kita di alam fana ini, sebenarnya kita sedang menuju kepada Allah, sama ada kita tahu atau tidak, dan sama ada kita mahu atau tidak. Namun begitu, kita masih belum mempunyai pengalaman penuh dengan Tuan yang memiliki diri kita, padahal kita semua tahu, bahawa Dialah yang mencipta kita, dari tidak ada sampai menjadi ada. kemudian Dia dengan kemurahanNya telah melengkapkan kita dengan anggota-anggota dan pancaindera yang kita perlukan untuk menjalani hidup ini, dan diberikan kurniaanNya yang tidak terbatas, dan berbagai-bagai rezeki lain yang kita perlukan, meskipun kita jarang-jarang meminta kepadaNya, ataupun sama sekali tidak pernah memohon dengan kesungguhan hati kepadaNya.

Jadi wajarlah, bagi sang hamba yang hakiki mendapatkan Tuannya untuk mendampingkan diri kepadaNya serta memberikan khidmat sepenuhnya terhadap Tuan itu, yang disimpulkan dengan mengikut segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya, yang disebutkan selalunya dengan kalimah "Taqwa". Memang sebutan kalimah "Taqwa" itu sentiasa di tepi bibir kita, ataupun selalu dialungkan oleh para pembaca dan ahli pidato di sana-sini. Kira-kiranya bukan main mudah sekali perkataan itu dapat disebutkan, tetapi perlaksanaannya bukan alang kepalang! Apakah memadai dengan hanya menyebutnya saja, atau cukup dengan mendengar sebutannya, lalu hati kita menjadi kecut dan gerun, ataupun dengan mengerjakan kehendak "Taqwa" itu dengan sambil lewa sahaja?! Inilah masalahnya dengan sang hamba itu serta bagaimana caranya dia mahu melaksanakan hakikat taqwa itu dengan sebaik-baiknya!


1


<<   Home                                                                                          Next   >>

isikitab.blogspot.com


Biograpi Penulis


Keturunannya dari sebelah ayah:

Beliau seorang yang mulia. saiyid, quthub, pewaris keturunan Nabi Muhammad (perjalanan Nabi Muhammad s.a.w.), iaitu Ahmad bin Ali bin Yahya bin Tsabit bin Ali Al-Hazim bin Ahmad bin Ali Al-Hasan - yang bergelar Rifa'ah Al-Hasyimi Al- Maliki-bin Al-Mahdi bin Muhammad bin Al-Hasan bin Al-Husin bin Ahmad bin Musa Ats-Tsani bin Ibrahim Al-Murtadha bin Imam Musa Al-Kazhim bin Imam Ja'far Ash-Syadiq bin Imam Muhammad Al-Baqir bin Imam Zainul Abidin Ali bin Imam Al-Husin-syahid di Karbala'-bin Saiyidina Ali-Radhiallahu-anhu wa anhum wa anna ajmai'in.

Keturunannya dari sebelah ibunya:

Beliau ialah Saiyid Ahmad Ar-Rifa'i bin Saiyidah Fatimah An-Najjariyah binti Syaikh Abu Said Yahya An-Najjari Al-Anshari bin Syaikh Musa Abu Said bin Syaikh Kamil bin Syaikh Yahya Al-Kabir bin Imam Muhammad bin Abu Bakar Al-Wasithi (seorang sufi yang terkenal) bin Musa bin Muhammad bin Manshur bin Khalid bin Zaid bin Mattin - namanya Ayyub bin Khalid - ayahnya Ayyub bin Zaid Al-Anshari An-Najjari radhiallahu-anhu (seorang sahabat nabi yang terkenal)

Ibu kepada ibunya:

Iaitu Saiyidina Rabi'ah binti Saiyid Abdullah At-Tahir bin Saiyid Abu Ali Salim An-Naqib bin Saiyid Abul Fath Muhammad bin Amirul-haj bin Saiyid Muhammad Al-Asytar bin Saiyid Ubaidullah Al-A'raj bin Saiyid Al-Husain Al-Asghar bin Imam Zainul Abidin Ali bin Imam Al-Husain radhiallahu-anhu, iaitu cucu Rasulullah s.a.w.

Kelahirannya:

Beliau dilahirkan di Kampung Hasan Al-Batha'ih, pada bulan Rejab tahun 512 daripada Hijrah Nabi pilihan Muhammad s.a.w.

"Kampung Hasan ini adalah sebuah perkampungan di daerah Wasith yang berdekatan dengan Umi Abidah, dan Al-Batha'ih ialah perkampungan yang dikelilingi air"

Kehidupannya:

Beliau mula mempelajari Al-Quran Al-Adzim sejak di awal umur kanak-kanak, dan apabila beliau mencapai usia tujuh tahun, ayahnya meninggal dunia di Baghdad, maka beliau telah dipelihara oleh bapa saudaranya (dari sebelah ibu), iaitu Syaikh Manshur Al-Batha'ihi Al-Anshari Al-husaini radhiallahu-anhu,seorang pemimpin yang saleh. Belaiu bersama-sama ibunya serta adik-beradiknya telah dipindahkan oleh bapa saudaranya itu ke sebuah kota berdekatan dengan sungai Diqli dari jajahan Iraq, kemudian sesudah itu dipindahkan pula ke Wasith. Beliau pernah ditemukan semasa kecilnya dengan Imam Allamah dan guru bacaaan Al-Quran, iaitu Syaikh Ali Abul Fadhi Al-Wasithi (moga-moga Allah mengekalkan rahsianya) lalu beliau telah dipimpin oleh guru ini dalam pendidikannya, pelajarannya, dan moralnya, sehingga beliau menjadi mahir di dalam berbagai-bagai ilmu nukilan dan logik. Belaiu kemudiannya menjadi








Muqaddimah

Berkata Syaikh Imam Saiyid Muhyiddin Ahmad Al-Akhdhar bin Saiyid Salman bin Saiyid Ahmad bin Saiyid Sulaiman (bertempat tinggal di Rahbah) bin Saiyid Ibrahim bin Saiyid Abul Ma'ali Abdul Mun'im bin Saiyid Abul Abbas Ahmad Al-Bathay'ihi (bertempat tinggal di Humamiyah, Wasith)- Ar-Rifa'i Al-Husaini moga-moga Allah meredhainya dan sekalian para salafnya yang bersih suci.

Sejarah kuliah kitab ini:

Bacaan kitab ini disampaikan